awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan

Bernama
Bernama
11/07/2024
15:32 MYT
Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Julai lepas. - Gambar hiasan/pixabay.com
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh kawasan tapak pembinaan perumahan pada Jumaat lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Tu Kam Tling, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Jalan Kuchai Lama, Brickfields pada 1.05 pagi, 5 Julai lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu yang merupakan pengawal keselamatan sedang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, ternampak seorang lelaki telah masuk ke tapak pembinaan.
Lelaki itu yang melarikan diri selepas dikejar oleh pengadu berjaya ditangkap dan pemeriksaan terhadap lelaki itu mendapati dia membawa gunting selain tiada dokumen pengenalan diri.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala Tu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman rendah kerana mempunyai tanggungan keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman setimpal
#dokumen pengenalan diri
#tapak pembinaan
#tarikh tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan