Skip to main content

Malaysia

‘Man Who Walked The Talk’ bukan sekadar dokumentari, ini kisah perjuangan Tun Razak yang wajar dikenang

Antara perkara yang menjadi tumpuan dokumentari itu ialah pendekatan pembangunan sosioekonomi yang diperjuangkan Allahyarham, termasuk usaha membasmi kemiskinan dan memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat. - Gempak
Antara perkara yang menjadi tumpuan dokumentari itu ialah pendekatan pembangunan sosioekonomi yang diperjuangkan Allahyarham, termasuk usaha membasmi kemiskinan dan memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat. - Gempak

Ringkasan AI

  • Dokumentari khas memperingati 50 tahun pemergian Tun Abdul Razak Hussein menyorot peranan beliau dalam pembangunan negara.
  • Temu bual bersama tokoh seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga Allahyarham turut ditampilkan dalam dokumentari ini.
  • Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story akan disiarkan pada 9 November 2026 di Astro Ria, Astro Prima, Astro 30, Astro On Demand dan sooka.
Advertisement

ASTRO bakal menyiarkan program dokumentari istimewa iaitu Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story (2026) yang mengangkat perjalanan hidup serta legasi kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Dokumentari istimewa ini disediakan khas sempena memperingati 50 tahun pemergian Tun Abdul Razak Hussein selain mengenang jasa beliau yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pembangunan negara.

Menariknya, dokumentari berkenaan turut menampilkan temu bual bersama beberapa tokoh penting, antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak-anak Allahyarham iaitu Datuk Seri Nizam Razak dan Datuk Ahmad Johari Razak, selain Datin Kalsom Taib yang merupakan anak kepada Tan Sri Taib Andak.

Advertisement

Menerusi dokumentari ini, penonton bakal dibawa menyelami perwatakan, kebijaksanaan, wawasan serta ketajaman percaturan politik Allahyarham yang menjadikan beliau seorang pemimpin disegani oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Kisah yang dipaparkan turut mengetengahkan usaha Allahyarham dalam memperkukuh ekonomi negara, merangka dasar pembangunan serta meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya masyarakat di kawasan luar bandar.

Advertisement

Antara perkara yang menjadi tumpuan ialah pendekatan pembangunan sosioekonomi yang diperjuangkan Allahyarham, termasuk usaha membasmi kemiskinan dan memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat.

Dokumentari ini bukan sekadar mengimbas kembali perjalanan seorang negarawan, malah membuka ruang kepada generasi masa kini untuk memahami cabaran, pertimbangan dan visi yang membentuk keputusan penting dalam sejarah negara.

Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story menjadi sebuah dokumentari yang mengajak masyarakat menghayati kembali sumbangan seorang pemimpin yang meninggalkan kesan besar terhadap pembangunan Malaysia.

Legasi Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja terpahat dalam lembaran sejarah, malah terus menjadi sebahagian daripada perjalanan negara yang dinikmati oleh generasi hari ini.

Lebih istimewa lagi, dokumentari yang begitu bermakna ini dihasilkan oleh pengarah, Ahmad Yazid, Izzy Ani Arope serta Tan Sri Nazir Razak.

Man Who Walked the Talk: The Tun Razak Story akan bersiaran pada 9 November 2026 di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Astro 30, Astro On Demand dan sooka. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement