Skip to main content

Malaysia

Cerun runtuh, trafik sesak 15km di Terowong Menora-Ipoh

IPOH - Satu kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 263.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Terowong Menora menuju Ipoh menyebabkan laluan kiri terhalang di sini pada Jumaat.
Insiden berkenaan mengakibatkan aliran trafik perlahan dengan kesesakan mencecah 15 kilometer di laluan terjejas. - Gambar/ LLM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kesesakan trafik sejauh kira-kira 15 kilometer dilaporkan berlaku susulan kejadian cerun runtuh di Kilometer 263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora menuju ke Ipoh pada Jumaat.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kejadian yang berlaku pada kira-kira 4.28 petang itu menyebabkan lorong kiri di lokasi terbabit terhalang dan tidak dapat dilalui kenderaan.

Insiden berkenaan mengakibatkan aliran trafik perlahan dengan kesesakan mencecah 15 kilometer di laluan terjejas.

Berikutan kejadian itu, lorong kiri terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bagi membolehkan kerja pemantauan dan pengurusan lokasi dijalankan.

LLM dalam satu pengkongsian di media sosial pada 7.13 malam, bagaimanapun memaklumkan semua lorong telah dibuka sepenuhnya kepada trafik.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan petugas dan papan tanda keselamatan di kawasan berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement