Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall tiba di sini malam ini, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi sehari sempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.
Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pewaris takhta British dan isteri itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 8.10 malam.
Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring Datuk Seri S. K. Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri.
Baginda berdua dijadual melawat beberapa tempat ibadat di kawasan warisan di sini esok termasuk Gereja St George, Masjid Kapitan Keling, Tokong Pusaka Han Jiang dan Kuil Sri Mahamariamman.
Pasangan itu juga dijangka bersiar-siar di sekitar kawasan warisan pada tengah hari sebelum Putera Charles melawat Muzium Sun-Yat Sen di Armenian Street manakala Camilla ke Teochew Puppet and Opera House untuk melihat pertunjukan kebudayaan.
Sementara Camilla berehat pada sebelah petang, Prince of Wales itu akan melawat Pusat Perikanan Dunia, sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa yang memanfaatkan perikanan dan akuakultur bagi mengurangkan kebuluran dan kemiskinan, berpusat di Batu Maung, di bahagian selatan Pulau Pinang.
Selepas lawatan ke pusat perikanan itu, Putera Charles akan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth, Seberang Perai atau dahulunya dikenali sebagai Province Wellesley, untuk Perjanjian Pertahanan Lima Negara.
Pada sebelah malam pula, pasangan Diraja British itu akan menghadiri Resepsi Alumni Sandhurst di Hotel Eastern and Oriental sebelum mengakhiri lawatan dengan menghadiri Resepsi Muzium Peranakan Pulau Pinang di Church Street.
Ini merupakan lawatan pertama pasangan diraja itu ke Malaysia.
Lawatan oleh keluarga Diraja British sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan kunjungan Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge pada September 2012.
Hubungan antara Malaysia dan United Kingdom merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan, ekonomi digital, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, budaya dan pelancongan.
Malaysia adalah pasaran eksport kedua terbesar negara itu di ASEAN dan United Kingdom adalah rakan dagang ketiga Malaysia di Eropah, manakala dalam bidang pendidikan, terdapat lebih daripada 18,000 rakyat Malaysia belajar di negara itu pada masa ini.
Sebelum tiba di Pulau Pinang, Putera Charles dan Camilla melawat Kuching, Sarawak yang mana mereka dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan negeri Bumi Kenyalang itu yang penuh warna-warni.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2017

Pasangan diraja, Charles dan Camilla sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau PInang pada Isnin malam. - Bernama

COVID-19 | Kerajaan negeri Melaka sedia benarkan operasi Bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Melaka sedia benarkan operasi bazar Ramadan di negeri itu pada bulan puasa kali ini.

Judi Atas Talian | Guna pangsapuri mewah sebagai pusat jenayah
Polis memberkas 44 warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian atas talian dan penipuan pelaburan. Mereka ditahan di sebuah pangsapuri mewah di ibu negara, yang dipercayai digunakan sebagai pusat panggilan untuk menarik pelanggan baharu dari China dan Taiwan.

Cetak rompak: Kenakan hukuman paling maksimum - Freddie Fernandez
Freddie Fernandez menggesa pihak berkuasa agar meletakkan fokus kepada hukuman yang diterima pesalah.

Jenayah | Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja perempuan 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian 15 Februari lalu.

Hari Wanita 2021 | Tubuh institusi, bank khusus untuk wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan institusi pengajian dan bank khusus untuk wanita. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ia bagi membolehkan agenda pemerkasaan wanita dapat dipertingkatkan pada masa depan.

Hari Wanita 2021 | Perluas kerja dari rumah untuk sektor awam, swasta
Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh. Ia bagi tujuan penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.

Media belum disenaraikan dalam barisan fasa pertama vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatankuasa Jaminan Akses telah mewujudkan jabatan kecil bagi melihat permohonan-permohonan seperti daripada pengamal media. Bagaimanapun mesyuarat akan diadakan Khamis ini dan segala perkembangan terkini mengenai permohonan itu akan dimaklumkan kepada media

Kadar pengangguran Januari 2021 naik kepada 4.9%
Untuk mengulas lanjut, bersedia di talian, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO).

Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
Harry dan Meghan telah bertukar lafaz perkahwinan secara tertutup di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby.

Khairy Jamaluddin batalkan temujanji cubaan pemotongan barisan vaksin
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, mungkin perkara itu tidak disengajakan iaitu terdapat tempat yang cuba menjadualkan mereka tidak berdaftar dalam senarai fasa pertama dan beliau telah batalkan temujanji itu. Jelasnya, semua aduan berkaitan pemotongan barisan bagi mendapatkan vaksin #COVID19 telah disiasat.

Putera Charles disahkan positif COVID-19
Prince of Wales, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!

'Amaran' mendiang Puteri Diana kepada Meghan Markle
Sepasang kembar psikik di Amerika Syarikat, Terry dan Linda Jamison yang terkenal dengan ramalan masa depan mereka tampil dengan satu berita menggemparkan.

Putera Charles dan Camilla akhiri lawatan di Malaysia
Pasangan diraja itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 11 pagi dan melintasi pasukan kawalan kehormat, sambil dipayungi kerana hujan gerimis.

Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.

Charles, Camilla tiba di Pulau Pinang untuk lawatan sehari
Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall tiba di Pulau Pinang malam ini, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi sehari.

'Muzium Hidup' Sarawak gamit pasangan diraja Britain
Putera Charles dan Camilla dapat melihat kepelbagaian etnik Sarawak secara dekat apabila menjejak kaki di Kampung Budaya Sarawak.

Putera Charles, Camilla tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi
Pesawat Tentera Udara Diraja yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.45 petang.

Putera Charles dan Camilla lawat Singapura mulai 30 Oktober
Ia adalah sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India selama 11 hari yang berakhir pada 9 Nov depan.

Putera Charles dan Camilla lawat Malaysia 3 Nov
Putera Mahkota Britain, Putera Wales, Putera Charles dan The Duchess of Cornwall, Camilla akan berangkat melawat ke Malaysia pada 3 November ini, selepas lawatan ke Singapura.