awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manfaat digitalisasi perlu inklusif, dirasai semua - Gobind
Lelaki disyaki bakar rumah abang ipar ditahan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Charles Santiago dilantik Pengerusi SPAN

Bernama
Bernama
01/11/2018
08:27 MYT
Charles Santiago dilantik Pengerusi SPAN
Charles menyatakan keyakinan dalam melaksanakan peranan baharunya itu. - Facebook: Charles Santiago
Anggota Parlimen Klang Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.
Xavier berkata pelantikan itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula hari ini hingga 31 Oktober, 2020.
"Terdapat banyak kerja di hadapannya sebagai pengerusi SPAN, kerana ia merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi pentadbiran air dan ada banyak lagi perkara yang kita nantikan dengan pelantikannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Xavier juga berkata lantikan politik daripada kerajaan terdahulu di SPAN harus cukup berani untuk melepaskan jawatan mereka setelah pemerintah berubah.
Sementara itu, Charles menyatakan keyakinan dalam melaksanakan peranan baharunya itu.
"Saya sudah biasa dengan industri air dan juga pemain industri ini. Saya berharap dapat membawa beberapa perubahan seperti yang dimandatkan oleh menteri untuk tempoh dua tahun akan datang, "katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Charles Santiago
#Dr Xavier Jayakumar
#SPAN
#Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.