awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT mungkin akan perlihatkan tera air pada imej dijana

Amanz
Amanz
19/07/2025
05:10 MYT
ChatGPT mungkin akan perlihatkan tera air pada imej dijana
OpenAI sedang menguji fungsi tera air pada imej yang dijana oleh ChatGPT, berkemungkinan akan dikenakan kepada pengguna percuma. -Amanz
CHATGPT dilihat memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baharu kebelakangan ini dan dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi tidak lama lagi.

Ringkasan AI
  • OpenAI sedang menguji fungsi tera air pada imej yang dijana oleh ChatGPT, berkemungkinan akan dikenakan kepada pengguna percuma.
  • Kod sumber APK beta menunjukkan muat turun imej tanpa tera air mungkin hanya tersedia untuk pelanggan berbayar.
  • Tiada pengumuman rasmi dibuat, jadi pelaksanaan ciri ini masih belum disahkan.

Menariknya, ada pihak yang sedang menguji versi beta ChatGPT telah menemui bahawa OpenAI mungkin akan memperkenalkan fungsi tera air pada imej yang dijana.
Android Authority melaporkan bahawa pilihan untuk memuat-turun imej yang dijana ChatGPT boleh dimuat turun tanpa tera air, dan ini dilihat sebagai kemungkinan bahawa OpenAI mungkin akan menjana tera air pada imej-imej janaan AI tidak lama lagi.
Pilihan tersebut diperlihatkan pada kod sumber fail APK ChatGPT beta terbaru, dan menandakan kebarangkalian tinggi bahawa imej yang dijana oleh pengguna percuma akan hadir dengan tera air ChatGPT kelak.
Pilihan untuk memuat turun imej yang dijana tanpa tera air mungkin juga akan diperkenalkan kepada pelanggan berbayar sahaja, di mana ciri muat-turun tanpa tera air akan ditawarkan kepada pengguna berbayar.
OpenAI dan ChatGPT masih belum membuat sebarang pengumuman tentang fungsi ini, jadi ia tidak diketahui lagi jika ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang akan diperkenalkan pada aplikasi AI tersebut di masa akan datang. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#fungsi tera air
#OpenAI
#pengguna percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan