JOHOR BAHRU: Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Che' Puan Besar Khaleeda bertitah baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut dan berpandangan ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama itu tidak lagi berulang.
"Saya dimaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius," titah baginda.
Pada November tahun lepas, Tunku Ismail menitahkan empat peguam iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman menyertai prosiding mahkamah serta menghulurkan bantuan sewajarnya demi mendapatkan keadilan buat mangsa susulan kebimbangan masyarakat berhubung kes itu.
Terdahulu, Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak bermula hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Menerusi hantaran di laman Instagram, Che' Puan Besar Khaleeda bertitah baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut. - Gambar Facebook YAM Che' Puan Besar Khaleeda

RM57.2 juta diperuntukan kepada Perlis untuk tangani isu dan impak banjir
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM57.2 juta kepada kerajaan negeri Perlis bagi menangani impak kejadian banjir kepada penduduk di negeri itu.

MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial
MAPIM bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.

Empat suspek kes rogol bergilir didakwa pada Rabu
Kesemua mereka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Mahkamah baharu Ampang dijadual siap 17 Dis - Azalina
Pembinaan mahkamah tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah guna gelaran Datuk Seri tidak diiktiraf
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf daripada Istana Perak.

Dua rakan rompak warga asing dipenjara empat tahun, dua sebatan
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 5 Ogos lepas.

Lelaki didenda RM20,000 jual kotak TV Android
Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku bersalah menjual kotak TV Android.

Kes Sanusi: APHR desak Malaysia pinda Akta Hasutan
Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) mendesak kerajaan Malaysia untuk memindah Akta Hasutan yang disifatkan sebagai senjata kepada pemerintah untuk menyerang pihak pembangkang.

Sanusi nafi kenyataan KPN dakwaan 'gagal dihubungi polis'
Menurutnya, beliau telah berkomunikasi dengan seorang pegawai dari Bukit Aman menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Polis trafik didenda RM30,000 terima suapan lindungi lori
Mohd Hanif didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pemilik syarikat didenda RM200,000 palsukan dokumen Penjana 2.0
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Azmi Mat Sah, 55, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan.

Pertuduhan rasuah terhadap Wan Saiful teratur, lengkap - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi berhujah bahawa kedua-dua pertuduhan berkenaan tidak cacat, sebaliknya jelas dan boleh difahami.