Skip to main content

Bisnes

Pertumbuhan KDNK suku keempat dijangka melebihi 5.7 peratus - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kanan) melancarkan Jana MyPesara di Pejabat Utama KWAP, hari ini.  Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Datuk Nik Amlizan Mohamed (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Dr. Syed Hussian Syed Junid (kiri)._BERNAMA
“Ia lebih tinggi daripada apa yang disasarkan oleh kerajaan antara 4.0 ke 4.8 peratus,” kata Amir Hamzah. - Astro AWANI.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada suku keempat 2025, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berpotensi mencapai atau melebihi anggaran awal sebanyak 5.7 peratus.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpendapat anggaran awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik daripada jangkaan.

Advertisement

Pada 16 Januari lalu, DOSM menjangkakan kadar pertumbuhan suku keempat dicatatkan pada 5.7 peratus dan jika tercapai, bermakna KDNK keseluruhan 2025 meningkat kepada 4.9 peratus.

“Ia lebih tinggi daripada apa yang disasarkan oleh kerajaan antara 4.0 ke 4.8 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Peluncuran Jana MyPesara di Menara KWAP hari ini.

Untuk rekod, KDNK Malaysia bagi keseluruhan tahun 2024 meningkat 5.1 peratus, manakala angka rasmi 2025 dijadual diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) esok.

Pada masa sama, beliau menyatakan bahawa pelaburan yang masuk ke negara dan tahap pengaktifan aktiviti ekonomi menunjukkan perkembangan yang positif.

Selain itu, senarai pesanan dalam sektor pembuatan, ditambah dengan kerancakan sektor runcit, juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

“Semuanya menunjukkan ekonomi Malaysia masih kukuh dan akan membantu (pertumbuhan) pada masa hadapan,” katanya.

 

Must Watch Video