KUALA LUMPUR: China akan menyokong kuat Malaysia dalam usaha mendapatkan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya dan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Menteri Luar China Wang Yi berkata Beijing juga sedia untuk mengukuhkan pertukaran di peringkat tinggi dengan Malaysia, bekerjasama untuk pembangunan bersama dan mengeratkan kerjasama yang memberikan manfaat bersama untuk rakyat di kedua-dua negara.
"China mengutamakan pembangunan hubungan China-Malaysia dalam diplomasinya dengan negara jiran.
China sedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi melaksanakan persefahaman bersama yang dicapai antara pemimpin kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan berikutan pertemuan dua hala antara beliau dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan di Beijing pada Khamis,
Mengenai ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik China-Malaysia tahun ini, Wang Yi berkata sambutan itu merupakan acara penting untuk membina sesuatu daripada pencapaian sebelumnya dan membawa satu masa hadapan yang lebih baik.
"Kedua-dua negara adalah dua tetangga yang baik dan berkongsi suka dan duka, serta persabahatan tradisional mereka tidak terganggu seperti sebatang sungai yang mengalir.
Sejak terjalinnya hubungan diplomatik separuh abad dahulu, China dan Malaysia sememangnya teman baik dan rakan sejati, mempercayai satu sama lain dan saling bantu-membantu tanpa mengira bagaimana keadaan di peringkat antarabangsa berubah," katanya.
"Ada potensi besar dalam kerjasama China-Malaysia," katanya sambil menambah kedua-dua pihak seharusnya mempercepatkan kerjasama dalam infrastruktur terutamanya dalam kerjasama berkualiti tinggi 'Belt and Road' , ekonomi digital, pembangunan hijau dan kenderaan tenaga baharu, antaranya.
Kedua-dua negara juga seharusnya mempromosikan inisiatif "Dua Negara, Taman Berkembar" yang dinaik taraf, melaksanakan pertukaran pengalaman mengenai pembasmian kemiskinan dan pertukaran antara pihak dan terus menggerakkan pembangunan hubungan dua hala," katanya.
Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian dan memberi manfaat bersama.
Wang Yi berkata Malaysia ialah anggota ASEAN yang penting, wakil ekonomi memuncul dan sebuah kuasa yang aktif dan stabil dalam dunia Islam.
Oleh kerana itu, beliau berkata China sedia untuk mengukuhkan komunikasi dan koordinasinya dengan Malaysia, mengutarakan pendiriannya di arena antarabangsa, mendukung keadilan antarabangsa dan menjaga kepentingan bersama Dunia Selatan.
Kenyataan itu juga memetik Mohamad sebagai berkata Malaysia akan bekerjasama dengan China untuk mengambil peluang daripada hubungan diplomatik yang mencecah usia 50 tahun itu bagi mengukuhkan lagi pertukaran di semua peringkat.
Ini termasuk mempereratkan kerjasama dalam peralihan tenaga dan ekonomi digital selain daripada belajar daripada pengalaman China dalam pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta mencipta satu masa hadapan yang lebih baik dalam hubungan bilateral.
Mohamad berkata Malaysia amat menghargai pendirian China yang adil dalam konflik Palestin-Israel dan teguh dalam menyokong penyelesaian yang wajar dalam soal Palestin menerusi penyelesaian dua negara.
Wang Yi berkata China sedia untuk mengukuhkan koordinasi dan kerjasama dengan Malaysia untuk berusaha mendapatkan penyelesaian yang komprehensif, adil dan berpanjangan dalam soal Palestin pada masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Wang Yi berkata Malaysia ialah anggota ASEAN yang penting, wakil ekonomi memuncul dan sebuah kuasa yang aktif dan stabil dalam dunia Islam. - Gambar Bernama
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab
Stadium Lusail yang terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.
Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.
Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.