Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti 21 Dis ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebagai menerima tanggungjawab atas kekalahan teruk MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selain memberi laluan kepada generasi baharu untuk menerajui parti.
"Sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-13, saya pernah menyatakan perkara yang sama...sekarang sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan bertanding jawatan presiden.
"Namun, saya masih merupakan anggota parti seumur hidup dan akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pemimpin baharu yang dipilih kemudian jika diperlukan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan para penyokongnya di Wisma MCA, di sini hari ini.
Dr Chua mengakui mengalami desakan terutamanya menjelang pemilihan parti apabila ada dalam kalangan anggota yang mahu beliau bertanding lagi bagi jawatan tertinggi itu.
"Ramai penyokong saya mencadangkan supaya bertanding jawatan presiden kerana mereka melihat saya lebih 'winnable' daripada tiga calon lain.
"Namun saya perlu mematuhi janji bahawa kekalahan teruk parti memerlukan saya untuk tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan parti pada masa depan," katanya.
Beliau meminta anggota MCA supaya menilai calon yang akan bertanding dalam pelbagai jawatan tinggi pada pemilihan parti kali ini berdasarkan potensi mereka dan bukan berdasarkan puak yang diwakili mereka.
"Tidak dapat dinafikan wujudnya budaya puak dalam hampir kesemua parti politik, namun jika mahu memilih pemimpin yang sesuai perlu melihat dari segi pengalaman, potensi serta keupayaan mereka dalam memimpin parti," katanya.
Ditanya mengenai hasrat anaknya yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bertanding dalam pemilihan kali ini, Chua berkata: "Biarlah dia membuat keputusan sendiri sama ada mahu bertanding jawatan mana.
"Beliau (Tee Yong) ada meminta pandangan saya mengenai perkara ini dan saya mencadangkan supaya mengumpul (mendapatkan) cadangan daripada anggota-anggota parti terlebih dahulu sebelum mengumumkannya," katanya.
Sehingga kini, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Naib Presiden Gan Ping Sieu dan bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasrat mereka merebut jawatan tertinggi parti itu.
Naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Pemilihan kepimpinan tertinggi MCA ditetapkan pada 21 Dis dengan pencalonan diadakan pada 16 Dis manakala pemilihan sayap Pemuda dan Wanita masing-masing pada 19 dan 20 Dis.
Bernama
Wed Dec 04 2013
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak pertahan jawatan Presiden MCA
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
MCA tidak akan keluar BN, kata KJ
MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
MIC kekal sebagai parti komponen BN - Vigneswaran
Kerjasama MIC sebagai parti komponen yang terjalin selama lebih 50 tahun akan terus kekal sehingga satu keputusan dibuat secara bersama dengan parti komponen BN yang lain.
'Soi Lek pasti tahu wang yang diterima adalah dari 1MDB' - Kit Siang
Veteran DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa tidak mungkin bekas pemimpin MCA Chua Soi Lek tidak mengetahui wang yang diterima pada 2013 adalah sumber 1MDB.
Mana-mana ahli MCA boleh bertanding jawatan tertinggi - Liow
Liow berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.
Terowong dasar laut: Guan Eng enggan debat dengan 'orang nombor dua'
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak akan merendahkan martabatnya sebagai pemimpin tertinggi DAP untuk berdebat dengan Wee yang merupakan pemimpin nombor dua MCA.
Penyusunan semula MAS mesti bebas daripada campur tangan politik, kerajaan
Penyusunan semula berterusan Malaysia Airlines (MAS) mesti bebas daripada campur tangan politik atau kerajaan kata Chua Soi Lek.
Hudud: Soi Lek desak MCA jumpa PM
Kata beliau, pertemuan itu penting untuk memastikan BN memahami pendirian parti-parti kaum Cina itu.
MCA: BN perlu adil dan tidak dilihat sebagai 'menghukum Cina'
Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina.
Chua Soi Lek sahkan tidak pertahan jawatan Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti 21 Dis ini.