awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu Jamal simpan lebih 120 cederahati Hari Kemerdekaan

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2021
01:17 MYT
Cikgu Jamal simpan lebih 120 cederahati Hari Kemerdekaan
Antara barangan antik sempenan Hari Kemerdekaan tahun 1957 yang dikumpul Cikgu Jamal. - Astro AWANI
PONTIAN: Pengumpul barangan antik dan lama mungkin sudah biasa dengan koleksi syiling atau setem.
Namun, di Pontian, Johor, aktivis sejarah, Jamal Ahmad bukan sahaja mempunyai koleksi barangan lama, tetapi ada lebih 120 cenderahati Hari Kemerdekaan tahun 1957.
Pesara guru Bahasa Melayu dan Sejarah yang mesra disapa Cikgu Jamal ini mula mengumpul koleksi cenderahati Hari Kemerdekaan negara sejak berusia 16 tahun iaitu pada tahun 1980-an.
Antara koleksi yang paling berharga adalah surat khabar Malaya Merdeka keluaran 1 September 1957 dalam tulisan tangan jawi yang masih disimpan rapi.
Pelbagai koleksi gelas lambang Hari Merdeka tahun 1957 keluaran pelbagai syarikat minuman dan pinggan hiasan yang mempunyai gambar Tunku Abdul Rahman.
Bukan itu sahaja, malah koleksi kecil seperti kotak mancis, kotak rokok, buku tulis, pensil, rantai kunci, sampul surat, setem, penanda buku dan pin bertemakan Hari Kemerdekaan turut disimpan.
Cikgu Jamal berkata, kesemua koleksi Hari Kemerdekaan ini mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi dirinya sebagai rakyat Malaysia.
Antara koleksi barang antik yang dikumpul Cikgu Jamal . - Astro AWANI
Antara koleksi barang antik yang dikumpul Cikgu Jamal . - Astro AWANI
"Pada tahun 90-an saya tertarik dgn cenderahati Hari Merdeka pada 1957. Jadi saya bermula mengumpul. Ketika itu keluarga saya ada menyimpan sebiji gelas Tunku Abdul Rahman berwarna merah.
"Bermula daripada itu saya berminat untuk mengumpul cenderahati lain pada tahun itu. Sampai hari ini saya dapat kumpul 120 barangan yang dikeluarkan pada Hari Kemerdekaan tahun 1957," katanya.
Jelasnya barangan yang dikumpulkan itu mencerminkan kemeriahan suasana kemerdekaan ketika itu.
Katanya sejak tahun 1980-an setiap kali ada keluaran khas Hari Merdeka menjadi satu kewajiban baginya untuk membeli.
Kebanyakan koleksi diperoleh daripada ahli keluarga, pemberian sahabat dan dibeli di Singapura.
Katanya koleksi terbaru yang dibelinya berkaitan Hari Kemerdekaan adalah pada sambutan Hari Kebangsaan ke-50.
Sehingga kini masih meneruskan usaha mencari koleksi cenderahati Hari Kemerdekaan secara dalam talian biarpun dalam tempoh pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#barang antik
#Cenderahati
#hari kemerdekaan
#Jamal Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan