Skip to main content

Dunia

Tujuh maut, 23 cedera bas terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan

81647122216_TBGENERICKEMALANGAN.jpg
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata pegawai pada Jumaat. - Gambar fail/hiasan

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata pegawai pada Jumaat.

Kemalangan berlaku pada Khamis di daerah Jhal Magsi apabila bas berkenaan terbabas sebelum terbalik ke dalam sungai di sepanjang Lebuhraya M-8, kata seorang pegawai polis tempatan kepada Xinhua.

Pegawai Kesihatan Daerah Ali Khan Magsi memberitahu media bahawa mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Pegawai penyelamat berkata operasi menyelamat terjejas berikutan kekurangan ambulans.

Polis melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video