awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/04/2020
08:37 MYT
Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk Dr Noor Hisham
Video deklamasi sajak berdurasi lebih dua minit itu turut mendapat sentuhan magis dan aksi seni pasir daripada pengiat seni pasir terkenal negara, Loong Bee. - Sumber foto Teo Wei Seng
KUALA LUMPUR: “Engkaulah obor Nasionalisme Malaysia…”
Demikian bait-bait lirik sebuah sajak hasil nukilan guru Sastera, Teo Wei Sing yang didedikasikan khas kepada petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Video deklamasi sajak berdurasi lebih dua minit itu turut mendapat sentuhan magis dan aksi seni pasir daripada pengiat seni pasir terkenal negara, Loong Bee.
Mengulas lanjut mengenai karya tersebut, guru yang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Tanah Puteh, Kuantan itu berkata, idea menghasilkan sajak tersebut digarap dengan pemilihan kata yang mengandungi kekuatan dan makna tersendiri.
“Maka, secara automatik dalam otak saya bergerak-gerak diksi - iaitu pemilihan kata yang sesuai dan akhirnya tercetus satu idea iaitu saya fikir perkara ini menjadikan kita patriotik dan bersatu padu, maka perkataaan nasionalisme itu dipilih.
“Kemudian dapat juga kita lihat semangat pelbagai kaum yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia – maka saya fikir sesuatu sedang membara dan membakar. Jadi, akhirnya tercetus idea untuk menggunakan (perkataan) obor nasionalisme,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Rabu.
Wei Sing yang berpengalaman selama 13 tahun mengajar Bahasa Melayu menambah, ia bukan pertama kali beliau menghasilkan sajak kepada petugas barisan hadapan sebagai menghargai usaha mereka mengekang pandemik COVID-19.
Beliau mengambil masa empat hari untuk menyempurnakan sajak tersebut, dan lebih istimewa kerana ia kebetulan dikeluarkan pada hari ulang tahun kelahiran Dr Noor Hisham, semalam.
“Masyarakat Malaysia sudah terkenal sebagai satu elemen kemajmukan.
“Apabila saya melayari Facebook, saya dapat melihat kanak-kanak pelbagai kaum sudah bersedia di hadapan televisyen pada pukul 5 lebih untuk menunggu pengumuman beliau (Dr Noor Hisham).
“Kedua, ada juga kanak-kanak yang melukis poster beliau dari pelbagai kaum bukan sahaja Melayu malah Cina dan kaum-kaum lain sudah memberikan penghormatan dan pengiktirafan tertinggi kepada Dr Noor Hisham,” kata beliau.
Hasil karya Wei Sing berjudul “Dari Jendela Setia”  terbitan ITBM telah berjaya merangkul Hadiah Penghargaan Khas Kategori Buku Puisi Anugerah Hadiah Sastera Darul Makmur (HSDM).
Hasil karya Wei Sing berjudul “Dari Jendela Setia” terbitan ITBM telah berjaya merangkul Hadiah Penghargaan Khas Kategori Buku Puisi Anugerah Hadiah Sastera Darul Makmur (HSDM).
Dalam pada itu, beliau yang pernah mewakili negara untuk mendeklamasikan sajak di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis pada November 2016 menambah, semua pihak khususnya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak untuk mencintai ilmu kesusasteraan dan Bahasa Melayu.
Untuk rekod, pada 2015, hasil karya Wei Sing berjudul “Dari Jendela Setia” terbitan ITBM telah berjaya merangkul Hadiah Penghargaan Khas Kategori Buku Puisi Anugerah Hadiah Sastera Darul Makmur (HSDM).
Selain itu, beliau pernah menerima Anugerah Penghargaan Khas Sumbangan Penulis daripada Yayasan Pahang pada tahun sama.
Engkaulah Obor Nasionalisme Malaysia Oleh: Teo Wei Sing
Engkaulah obor nasionalisme Malaysia Kepada para polis, tentera, askar, bomba, kerajaan tempatan dan penguat kuasa Engkaulah benteng wabak yang utuh lagi kukuh jua Untuk mengawal, mengawas, memantau dan menyelia Menangkap mereka yang masih degil ke sini ke sana Engkaulah pahlawan kemanusiaan Mengisi perut gelandangan dan marhaen papa kedana Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia Untuk memastikan rantai wabak terputus segera.
Engkaulah obor nasionalisme Malaysia Kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Terima kasih Terima kasih menjadi tulang-temulang benteng mengekang wabak negara Terima kasih menjadi azimat kesihatan dan keselamatan negara Memimpin para pejuang perubatan bertarung dengan virus Corona yang marabahaya Merawat setiap nyawa tanpa mengira usia, ras dan agama Bersengkang mata untuk mengikhtiarkan sejahtera Demi rakyat jelata Tabik hormat kulafazkan kepada doktor yang terbaik dan terhebat di dunia.
Engkaulah obor nasionalisme Malaysia Kepada wira-wira yang tidak didendang sekalian Engkaulah para pejuang di barisan hadapan negara Mengetepikan kerinduan isteri Mengabaikan sakit demam anak-anak sendiri Bertempur dengan wabak yang halimunan berbahaya Kepada kesemua pahlawan kemanusiaan negara Engkaulah adiwira bangsa Yang berwajah insaniah Ungkapan terhormat harus dipanjangkan kepada kalian Semoga keselamatan kalian diberkati Allah Yang Maha Penyayang Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa.
Engkaulah obor nasionalisme Malaysia.
(11.22am, 18/4/2020)
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Astro Awani
#Facebook
#Happy Birthday DG Hisham
#Engkaulah obor Nasionalisme Malaysia
#Unesco
#COVID-19
#Teo Wei Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan