awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CN235: Anak kapal cedera dibenar pulang, kotak hitam dihantar ke Bandung

Hakim Rahman
Hakim Rahman
03/03/2016
13:55 MYT
CN235: Anak kapal cedera dibenar pulang, kotak hitam dihantar ke Bandung
TUDM memaklumkan perakam data penerbangan dan data suara pesawat berkenaan telah dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisis.
Tiga anak kapal pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235, yang cedera dalam tragedi di Pantai Batu 2, Kuala Selangor, Jumaat lalu, dibenarkan keluar dari Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan.
TUDM dalam satu kenyataan berkata seorang lagi mangsa yang patah tangan kiri dalam insiden itu selamat menjalani pembedahan dan keadaannya kini pulih.
Dalam perkembangan sama, TUDM memaklumkan perakam data penerbangan dan data suara pesawat berkenaan telah dihantar ke Bandung, Indonesia untuk dianalisis bersama dua pegawai TUDM.
TUDM juga masih berusaha untuk menaikkan pesawat tersebut yang masuk hari ketujuh hari ini.
"Semalam, Crash and Salvage Team telah berjaya mengapungkan enjin kanan pesawat dan enjin tersebut telah ditunda ke jeti nelayan berhampiran.
"Sayap kanan pesawat itu juga telah berjaya diapungkan dan telah ditarik ke jeti," menurut kenyataan itu.
Pasukan Salvage masih lagi mengumpul serpihan pesawat dari kawasan kejadian.
TUDM turut mendapat bantuan daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja, Tentera Darat yang akan memasang Jambatan Apung (Jetfloat) ke pesawat bagi memudahkan Crash and Salvage Team sampai ke pesawat tersebut bagi kerja-kerja pengapungan.
Topic Berkaitan
#CN235
#Crash and Salvage Team
#perakam data penerbangan
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan