Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
Syarikat itu dalam kenyataannya hari ini berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram," kata syarikat itu.
BACA: Coklat Daim, Toblerone tidak peroleh sijil halal diiktiraf JAKIM
Mondelez International menyatakan semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek berkenaan.
Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.
Pada Jumaat lepas, JAKIM mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan coklat berkenaan sesuai dan selamat dimakan orang Islam. - Gambar fail
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
NGO minta Jakim jelas status halal coklat Daim, Toblerone
Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).
Coklat Daim dan Toblerone selamat dimakan orang Islam - Pengeluar
Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
Coklat Daim, Toblerone tidak peroleh sijil halal diiktiraf JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Reaksi berkaitan ramalan Tun Daim tentang PRU-13
Ramalan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang Barisan Nasional (BN) bakal memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, mendapat reaksi.