Dua ekor orang utan yang diseludup ke Thailand akhirnya dihantar pulang ke negara asal selepas lebih lima tahun berada di negara itu.
Orang utan betina, Cola dan orang utan jantan, Giant masing-masing 10 dan tujuh tahun dihantar dari pusat perlindungan hidupan liar di wilayah barat Ratchaburi ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok di mana mereka ditempatkan dalam sebuah kapal terbang sebelum diterbangkan pulang ke Jakarta.
Cola dan Giant dikembalikan ke tempat asal kedua-dua orang utan tersebut di timur Kalimantan dan Sumatera.
Timbalan Ketua Misi Kedutaan Indonesia, Dicky Komar berkata tindakan tersebut dilakukan sebagai amaran kepada penyeludup haiwan liar sekali gus memerangi perdagangan haram.
“Ini akan menghantar mesej yang kuat kepada penyeludup haiwan liar di seluruh negara bahawa kedua-dua kerajaan Indonesia dan Thailand akan bertindak tegas.
“Jadi, dengan itu, tiada penyeludupan akan berlaku pada tahun-tahun yang akan datang,” kata Komar.
Komar juga memaklumkan, kedua-dua haiwan tersebut akan dihantar ke pusat pemulihan terlebih dahulu sebelum dinilai sama ada mereka boleh kembali ke habitat asal mereka.
Ini merupakan kali keempat pihak berkuasa Thailand menghantar pulang orang utan ke Indonesia.
Agensi
Fri Dec 20 2019
Ini merupakan kali keempat pihak berkuasa Thailand menghantar pulang orang utan ke Indonesia. - AP NEWSROOM
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Naikkan elaun COLA bagi penjawat awam Gred 41 ke atas - Cuepacs
Tambahan jumlah yang sama juga harus diberikan kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang mendapat Elaun Wilayah.
Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam - Cuepacs
Kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan sahaja dirasai penjawat awam di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.