awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford

Bernama
Bernama
11/07/2024
01:30 MYT
Conner Han lulusan IB Nexus diterima ke Oxford
Han berpindah dari negara asalnya Korea Selatan untuk mengikuti pendidikan IB berkualiti tinggi di Malaysia, yang kini semakin popular sebagai hab pendidikan serantau. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lulusan Program Diploma International Baccalaureate (IB), Conner Han dari Nexus International School Malaysia (Nexus) yang mencapai 44 mata daripada maksimum 45, berjaya diterima masuk ke Universiti Oxford untuk meneruskan pengajian dalam bidang Kimia.
"Ini adalah pencapaian luar biasa memandangkan Universiti Oxford mendapat lebih 23,000 permohonan setiap tahun dan menerima hanya sekitar 3,300 pelajar sahaja," menurut Nexus dalam kenyataan.
Sebanyak 192,867 pelajar seluruh dunia mendapat keputusan Program Diploma IB sesi peperiksaan Mei 2024, semalam.
Seperti kebanyakan pelajar ekspatriat, Han berpindah dari negara asalnya Korea Selatan untuk mengikuti pendidikan IB berkualiti tinggi di Malaysia, yang kini semakin popular sebagai hab pendidikan serantau turut menarik bukan sahaja keluarga ekspatriat tetapi juga pelajar tempatan yang mencari pendidikan antarabangsa.
"Saya berminat untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar melalui aplikasi kimia dan tidak sabar-sabar menjangkakan perjalanan akan datang.
"Program IB ini memainkan peranan penting dalam membentuk saya menjadi individu serba lengkap, melengkapkan saya dengan kemahiran diperlukan untuk menangani masalah sebenar dan berjaya dalam usaha masa depan saya," menurut Han. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan