awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Co-opbank anjur program Sunathon Mega, ringankan beban komuniti

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2025
06:18 MYT
Co-opbank anjur program Sunathon Mega, ringankan beban komuniti
Lebih 40 kanak-kanak lelaki berusia antara 5 hingga 14 tahun menyertai program tersebut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perumahan Awam (PA) Desa Rejang. -Foto CBP
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) terus memperkukuh komitmennya dalam menyantuni golongan memerlukan menerusi penganjuran Program Sunathon Mega 2025 yang berlangsung pada 14 September lalu di Dewan Serbaguna Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini.

Ringkasan AI
  • Co-opbank Pertama (CBP) menganjurkan Program Sunathon Mega 2025 bersama Persatuan UMBI Malaysia dan JKM bagi menyediakan perkhidmatan berkhatan selamat dan mesra komuniti kepada lebih 40 kanak-kanak.
  • Program ini mencerminkan komitmen CBP dalam membantu keluarga berpendapatan rendah mendapatkan akses kesihatan asas serta memenuhi tuntutan agama.
  • Inisiatif tersebut turut memperkukuh nilai kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Program anjuran bersama CBP, Persatuan UMBI Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu bertujuan menyediakan perkhidmatan berkhatan yang selamat, teratur dan mesra komuniti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, seramai lebih 40 kanak-kanak lelaki berusia antara 5 hingga 14 tahun menyertai program tersebut, yang turut melibatkan penyertaan lebih 20 petugas termasuk doktor pakar daripada Persatuan UMBI.
"Program tersebut bukan sekadar memenuhi keperluan kesihatan dan tuntutan syariat, malah mencerminkan keprihatinan CBP dalam membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami dalam memastikan masyarakat kurang berkemampuan turut menerima akses kepada perkhidmatan kesihatan asas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, inisiatif itu juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat serta memperkukuh nilai kebersamaan.
Topic Berkaitan
#Program Sunathon Mega 2025
#Program khatan
#Co-opbank Pertama
#Persatuan UMBI Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan