awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM145,000, kes dipindah ke Mahkamah KL
Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Couple seat: Pasang kamera 'night vision' untuk tangkap pasangan bukan mahram - Netizen

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/07/2015
05:07 MYT
Couple seat: Pasang kamera 'night vision' untuk tangkap pasangan bukan mahram - Netizen
Pengamal media sosial menyokong cadangan pengharaman 'couple seat' di panggung wayang. - Gambar Fail
‘Couple seat’ nampaknya menjadi antara isu yang hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial sejak notis larangan tempat duduk pasangan bagi orang Islam bukan mahram dikeluarkan oleh Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) di Seri Iskandar, Perak.
Sejak semalam, isu ini telah mengundang pelbagai reaksi dari pengamal media sosial. Kebanyakan mereka menyokong tindakan MDPT dalam melarang pengunaan tempat duduk pasangan bagi orang Islam yang belum berkahwin.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Raja Nur Fatiha berkata, pengharaman tersebut wajar disokong kerana sebagai sebuah negara Islam, etika dan ajaran agama perlu dipraktikkan sebaik mungkin.
“Nak beli couple seat, tunjuk sekali kad nikah atau apa-apa dokumen yang boleh buktikan pasangan itu memang pasangan yang halal,” kata Fatiha.
FB
FB
Abdullah Al-Muttaqin berkata apabila seseorang itu melaksanakan hukum Islam itu adalah satu usaha amar makruf nahi mungkar yang dituntut agama.
FB
FB
Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati, tegas Noor Siti Fazilah.
FB
FB
Ada segelintir pengamal media sosial yang memberi cadangan cara-cara membendung gejala sosial di kalangan remaja.
Anwar Rejab berkata: "Lebih bagus asingkan terus golongan lelaki dengan golongan wanita bagi yang bukan berkeluarga.”
Pengasingan tempat duduk di dalam panggung wayang adalah tidak sihat, kata Francis Frans kerana sebaik sahaja lampu ditutup kaki wayang mula 'buat wayang'.
FB
FB
Xie's Idlan pula kreatif apabila beliau mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk memasang kamera ‘night vision’ untuk menangkap pasangan yang berkelakuan tidak senonoh ketika menonton filem di pawagam.
FB
FB
Ada juga segelintir rakyat yang membantah perkara tersebut dengan menyuarakan pandangan tersendiri dalam isu ini.
FB
FB
I disagree with d ban on couple seat in cinema on which u need to produce marriage cert then only u r eligible to purchase it.
— AugustTeh (@RichTeh) July 22, 2015
mufti having low regards towards malay Muslim self control, masuk cinema gelap, dok couple seat, romen. Yep salah paper tanya Qs like that
— Syafeeq (@syafeeqKL) July 21, 2015
Pengusaha panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) Selasa telah mengambil insiatif mempamerkan notis memaklumkan larangan menggunakan kerusi berkembar atau 'couple seat' bagi pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah kepada kaki wayang di sekitar Seri Iskandar.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga turut meminta operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.
Topic Berkaitan
#couple seat
#Malaysia
#media sosial
#panggung wayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan