KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,327 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 333,040 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya memaklumkan Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 356 kes.

Sarawak merupakan negeri kedua tertinggi dengan 276 kes diikuti Pulau Pinang dengan 205 kes, Johor (141) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 115 kes.

Empat kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,233 kes.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,247 menjadikan jumlah keseluruhan sumbuh sehingga 21 Mac ialah 317,289 kes.



Selangor - 356 (111,906)

Sabah - 50 (54,259)

Johor - 141 (40,014)

WP KL - 115 (37,067)

Negeri Sembilan - 22 (16,956)

Pulau Pinang - 205 (14,637)

Sarawak - 276 (14,250)

Perak - 55 (12,670)

Kedah - 30 (8,090)

Melaka - 10 (6,286)

Kelantan - 30 (5,621)

Pahang - 11 (4,008)

Terengganu - 18 (3,557)

WP Labuan - 0 (2,279)

WP Putrajaya - 3 (1,114)

Perlis - 5 (326)