KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara catat sedikit peningkatan kepada 1,639 kes berbanding 1,572 yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam, dan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,611 dan 95.3 peratus atau 24,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,143 kes dirawat di hospital dengan 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,056 kes sembuh.