awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/03/2021
10:58 MYT
COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Selangor, kata Tan Sri Dr Noor Hisham masih kekal sebagai negeri tertinggi kes harian dengan pertambahan sebanyak 640 jangkitan baharu diikuti Johor (376) dan Sarawak (139). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Jumlah positif terbaharu itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan jangkitan pandemik berkenaan dalam negara sudah mencecah 330,850 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia juga mencatatkan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 24,025.
Dalam kenyataan yang diedarkan pada Rabu, Dr Noor Hisham berkata, angka korban akibat COVID-19 juga mencatat pertambahan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketika ini, jumlah mangsa yang meninggal dunia di Malaysia disebabkan COVID-19 ialah sebanyak 1,148 kes.
Sementara itu, Selangor, kata Dr Noor Hisham masih kekal negeri tertinggi kes harian dengan pertambahan sebanyak 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).
Kata Dr Noor Hisham, sehingga kini juga, seramai 195 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 95 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala jumlah pesakit yang sembuh meningkat sebanyak 2,276 menjadikan keseluruhan kes sembuh ialah 280,707.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#kes baharu
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan