KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, di mana kesemua kluster-kluster tersebut adalah berkaitan tempat kerja.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kluster yang aktif kini adalah sebanyak 510 kluster.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:

1. KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU

- Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 4 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 472 individu disaring, 43 kes positif

2. KLUSTER PERDANA TIGA

- Melibatkan daerah Gombak, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 25 Disember hasul saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 87 individu disaring, 52 kes positif

3. KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG

- Melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian, Johor.
- Kes dikesan positif pada 13 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 482 individu disaring, 41 kes positif

4. KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM

- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 20 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 341 individu disaring, 17 kes positif.

5. KLUSTER JALAN WAWASAN 14

- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes indeks dikesan positif pada 15 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai individu 70 disaring, 17 kes positif.

6. KLUSTER BATU DUA SETENGAH

- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes indeks dikesan positif pada 4 Februari hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.
- Seramai154 individu disaring, tujuh kes positif.

7. KLUSTER JALAN PASAR

- Melibatkan daerah Kota Belud, Sabah.
- Kes indeks dikesan positif pada 11 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 180 individu disaring, 13 kes positif

8. KLUSTER JALAN PELABUHAN

- Melibatkan daerah Manjung, Perak.
- Kes indeks dikesan positif pada 13 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 52 individu disaring, 15 kes positif.

9. KLUSTER BATU SEBELAS

- Melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar, Perak.
- Kes indeks dikesan positif pada 17 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 22 individu disaring, 11 kes positif

10. KLUSTER TAPAK BINA KASIA

- Melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
- Kes dikesan positif pada 8 Februari hasil saringan pekerja tapak bina.
- Seramai 155 individu disaring, 51 kes positif

Sementara itu, sebanyak 11 kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini pula ialah Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes).