KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 10 lagi kluster baharu pada Ahad di enam negeri iaitu Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Perak selain Putrajaya.

Ia melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, empat komuniti dan satu pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:

1. KLUSTER JALAN MAJU CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID- 19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN MURNI SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 344,817) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Murni Satu, Paloh, Kluang.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SUASANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328,809) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Suasana, Tun Hussein Onn, Cheras.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 187 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER DANAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336,746) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Danan dan di Kampung Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 236 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN ALAMANDA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-349,608) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan tiga buah pusat perniagaan yang terletak di Putrajaya dan Sepang.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER SUNGAI MUPONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu dan Meradong di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338,973) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Mupong, Loba Stabar, Meradong.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SUNGAI RASSAU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Matu dan Sibu di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339,123) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Rassau, Matu.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER RICH PARK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau dan Kota Kinabalu di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345,810) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung di Taman Rich Park, Tawau pada 26 dan 27 Mac 2021.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER KAMPUNG BATU LAPAN LEKIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343,896) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Batu Lapan Lekir, Sitiawan, Manjung. Sehingga 4 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER TEMBOK SRI AMAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak.

Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan- tahanan Penjara Pusat Sri Aman yang terletak di Jalan Brayun, Sri Aman.

Sehingga 4 April 2021, sejumlah 467 individu telah disaring, di mana 160 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.