Sebelas individu yang mempunyai kontak rapat dengan seorang lelaki Malaysia yang diuji positif COVID-19 selepas pulang ke Kuala Lumpur dari Bangkok telah disahkan negatif virus itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, pegawai kesihatan berjaya mengesan dan melakukan pemeriksaan terhadap kontak rapat lelaki berusia 46 tahun itu, iaitu 10 individu di Bangkok dan seorang di Chiang Mai (wanita Thailand berusia 36 tahun yang dibawa dari Bangkok ke Chiang Mai pada 17 Ogos).
"Sehingga kini, tidak ada bukti di mana dia dijangkiti virus itu.
"Jabatan Kawalan Penyakit akan bekerjasama dengan rakan sejawat di Malaysia bagi mendapatkan maklumat berhubung kes tersebut untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Lelaki itu tinggal di Bangkok dan kembali ke Malaysia pada 5 Ogos.
Dia diuji negatif dalam ujian COVID-19 yang pertama dan positif dalam ujian kedua pada 15 Ogos.
Sehingga kini, Thailand merekodkan lebih 86 hari tanpa jangkitan tempatan.
Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan berkata seorang wanita Thailand berusia 37 tahun yang kembali dari India merupakan satu-satunya pesakit baharu COVID-19 di negara itu, sepanjang tempoh 24 jam lepas.
Menurut CCSA, pesakit berkenaan berada dalam penerbangan yang sama dengan 18 kes sebelum ini yang disahkan positif sebaik tiba di negara itu pada 8 Ogos.
Setakat ini, Thailand merekodkan jumlah keseluruhan 3,378 kes dengan 58 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
Suwannachai berkata pegawai kesihatan berjaya mengesan dan melakukan pemeriksaan terhadap kontak rapat lelaki berusia 46 tahun itu, iaitu 10 individu di Bangkok dan seorang di Chiang Mai. - Facebook/ @OICDDC
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.