SEBANYAK 12 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.

Ini walaupun kadar R-naught di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan.

Pada Selasa, ia kekal 1.07 sama seperti hari sebelumnya.

Kelantan catat kadar tertinggi dengan 1.31 diikuti Terengganu dan Perak.

Seterusnya Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur.

Ini termasuk Putrajaya, Melaka, Sarawak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara Perlis dan Labuan masing-masing rekodkan 7 dan 5 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.