PUTRAJAYA:Empat kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 388 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1. 1,012 kes baharu COVID-19, jumlah keseluruhan kes kini 75,306 kes.

2. Empat kes kematian baharu, jumlah kes kematian kini 388 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 10,862 kes.

4. 126 kes sedang dirawat di ICU, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Dua kluster baharu dikesan, Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah.