KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu  COVID-19 pada hari ini dengan 10 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini sebanyak 309 kluster sudah diisytiharkan tamat, termasuk Kluster Kobena, Kluster Mengketil dan Kluster UD SS2 yang tamat hari ini.

13 kluster baharu yang dikenal pasti ialah: 

1.KLUSTER DATARAN UTAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19.

2. KLUSTER CASA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pasar raya. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19.

3. KLUSTER MEDAN JASA

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor; daerah Kuala Kangsar di Perak; dan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107,659) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19.

4. KLUSTER TASIK UTAMA

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123,974) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19.

5.KLUSTER FIRMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19.

6.KLUSTER PERSIARAN TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19.

7.KLUSTER BERSEPADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19.

8.KLUSTER JALAN PADU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118,692) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19.

9.KLUSTER KAMPUNG PITAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115,262) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19.

10.KLUSTER IKAN EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19.

11.KLUSTER KAYUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121,936) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19.

12.KLUSTER JALAN SEPUTEH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di  Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 6 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah restoran. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19.

13.KLUSTER ANAK AIR

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,997) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19.