KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pada Isnin, jumlah kes turun sedikit ke 142, berbanding 309 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan tiada kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin turun ke 10,212 kes.

Daripada jumlah itu, 9,859 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 381 pesakit mendapat rawatan di hospital.

16 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 11 daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 267 kes sembuh.