awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 17,105 jangkitan baharu, 195 kematian, 12,297 kes sembuh

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2021
07:07 MYT
COVID-19: 17,105 jangkitan baharu, 195 kematian, 12,297 kes sembuh
Jangkitan COVID-19 di Malaysia kembali kepada lebih 17,000 kes apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.
Selangor terus kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309 ), Johor (1,275) dan Sabah (1,010).
Semalam, Malaysia merekodkan 15,764 jangkitan baharu dengan nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08 pada 1 Ogos lalu.
Sementara itu, sejumlah 195 kematian dilaporkan hari ini dengan kumulatif kes kematian adalah 9,598 kes.
Selain itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 950,029 kes selepas 12,297 kes sembuh dilaporkan hari ini.
Kes aktif COVID-19 ketika ini adalah 203,664 kes dengan 1,066 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 537 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Berikut pecahan kes mengikut setiap negeri:
Selangor - 5,836 (425,648) Kuala Lumpur - 2,309 (128,958) Johor - 1,275 (94,225) Sabah - 1,010 (87,899) Kedah - 1,036 (49,286) Perak - 967 (40,087) Kelantan - 915 (44,920) Negeri Sembilan - 816 (73,978) Pulau Pinang - 798 (48,050) Pahang - 628 (26,215) Melaka - 508 (33,023) Sarawak - 494 (78,211) Terengganu - 429 (18,231) Putrajaya - 72 (4,141) Labuan - 5 (9,678) Perlis - 7 (741)
Sehingga 3 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,105 kes (1,163,291 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 5,836 (425,648) WPKL - 2,309 (128,958) Johor - 1,275 (94,225) Sabah - 1,010 (87,899) Sarawak - 494 (78,211) Negeri Sembilan - 816 (73,978) pic.twitter.com/JETSeBuJko
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 3, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#COVID-19
#Kes baharu COVID-19
#kes COVID-19
#angka kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan