KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini, membabitkan Sarawak, Sabah, Melaka, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor.

Ia melibatkan lima kluster komuniti dan kluster tempat kerja, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan.

1. KLUSTER NANGA TAJAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau dan Sibu di Sarawak. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Nanga Tajam, Batang Oya, Selangau. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif.

2. KLUSTER SUNGAI RANAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

3. KLUSTER SUNGAI NGUNGUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif.

4. KLUSTER KAMPUNG BERGOSONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 8 April 2021. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

5. KLUSTER KAMPUNG HILIR ALOR GAJAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 528 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

6. KLUSTER KEMAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok, Tumpat, dan Kota Bharu di Kelantan. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Kota Bharu. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

7. KLUSTER JALAN TAMING DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Taming 2, Taman Taming Jaya, Balakong, Hulu Langat. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 264 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

8. KLUSTER AIR PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri dan Kuching di Sarawak. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Padang, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 203 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

9. KLUSTER PERUSAHAAN BARU DUA

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan Baru 2, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 3,453 individu telah disaring, dimana 113 kes dikesan positif.

10. KLUSTER TAPAK BINA JALAN TODAK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Todak 1, Pusat Bandar Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

11. KLUSTER JALAN WAU

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling dan Sepang di Selangor. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, Shah Alam. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 356 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif.

12. KLUSTER CHERSONESE

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kerian di Perak. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ladang Chersonese, Kuala Krau.  Sehingga 30 April 2021, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

13. KLUSTER JALAN AGAMA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Agama, Lutong, Miri. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif.

14. KLUSTER JALAN DATARAN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Seremban, Port Dickson, Jempol, Jelebu, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, Seremban. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 96 kes dikesan positif.

15. KLUSTER TAMAN BUKIT HIJAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Taman Bukit Hijau, Cheras. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

16. KLUSTER PAGAR RIMBA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Rimba, Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

17. KLUSTER JALAN SULTANAH

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sultanah, Kluang. Sehingga 30 April 2021, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif.