KUCHING: Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 12,451.
Bintulu menyumbang angka kes harian tertinggi dengan 35 diikuti Miri (32), Sibu (27), Song (23), Kuching (21), Kapit (18), Meradong dan Sri Aman (empat), Kanowit (tiga), Lawas dan Samarahan (dua) manakal satu kes di Betong, Julau, Mukah, Pusa, Sebauh, Serian dan Tatau.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, satu kematian di Hospital Sibu turut dilaporkan menjadikan jumlah kematian kepada 90.
“Kematian terbaharu merupakan kes 8,606 berusia 61 tahun yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom.
“Dia disahkan positif pada 23 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 14 Mac 2021,” kata kenyataan itu.
Selain itu, JPBN Sarawak juga melaporkan pertambahan satu kluster baharu melibatkan Kluster Begalak di Song.
Kluster ini dikesan di sebuah penempatan kem pembalakan di Kawasan Sungai Begalak dan kes indeks merupakan kes 11,650 berusi 57 tahun.
“Dia dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 10 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Song.
“Kes indeks berkemungkinan mendapat jangkitan semasa berada di pekan Song kerana tidak memiliki sejarah keluar ke daerah lain sejak 28 Disember tahun lalu.
“Setakat ini, 335 individu telah disaring dengan 49 individu didapati positif COVID-19 termasuk 21 kes dilaporkan hari ini, 22 negatif manakala 64 masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambah kenyataan itu.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak meningkat kepada 29 kluster dengan 12 kluster mencatatkan pertambahan kes positif untuk hari ini.
Syafik Shukri Jalil
Sun Mar 14 2021
JPBN Sarawak juga melaporkan pertambahan satu kluster baharu melibatkan Kluster Begalak di Song.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Sub-keturunan Omicron (BA.2) dijangka ganti varian asal di Sarawak
Kemunculan sub-keturunan varian Omicron (BA.2) dijangka menggantikan varian asal itu di Sarawak, kata Profesor Dr David Perera.
COVID-19: Sarawak catat 1,248 kes baharu, hanya 18 kes Kategori 3 hingga 5
Jangkitan kes positif di Sarawak direkodkan empat angka iaitu 1,248 kes, peningkatan tertinggi tahun ini.
COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 12,451.
Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.
COVID-19: Sarawak catat 55 kes positif harian, angka tertinggi setakat ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 55 kes positif COVID-19 yang merupakan kes tertinggi direkodkan di negeri tersebut.