KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak lapan lagi kluster baharu COVID-19 manakala pertambahan kes baharu pula ialah sebanyak 2,062 kes.

Berikut merupakan lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 22 Disember 2020:

1. 2,062 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 97,389 kes.

2. Satu kes kematian baharu dilaporkan.

3. KKM mengesan lapan lagi kluster baharu.

4. 111 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 51 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 17,646.

BACA: COVID-19: Malaysia catat 2,062 kes baharu, Selangor masih tertinggi