KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Ahad menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,191 kes berbanding 2,491 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.776 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 32,901 dan 95.8 peratus atau 31,527 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,282 kes dirawat di hospital dengan 73 kini ditempatkan di wad ICU di mana 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,796 kes sembuh.