awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2021
11:26 MYT
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Tiada kes positif melibatkan kategori tiga, dua kes kategori empat atau 0.07 peratus dan tiga kes atau 0.11 peratus kategori lima. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
Bagaimanapun menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 99.82 peratus merupakan pesakit kategori satu dan dua.
‘’1,297 kes atau 47.82 peratus merupakan pesakit kategori satu dan 1,410 atau 51.99 peratus melibatkan kategori dua.
‘’Seterusnya tiada kes positif melibatkan kategori tiga, dua kes kategori empat atau 0.07 peratus dan tiga kes atau 0.11 peratus kategori lima,’’ kata kenyataan itu.
Selain itu, 10 kematian dilaporkan bermula 17 September 2021 namun dua daripadanya merupakan kes yang dilaporkan pada Jumaat (24 September 2021).
Sementara itu, 16 lokaliti melibatkan enam daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 September 2021 sehingga 6 Oktober 2021.
Antara yang terlibat termasuk Rumah Milu, Gua Dalam di Sri Aman, Rumah Barang, Sungai Empang di Pakan dan Rumah Nyalang, Sungai Buloh di Saratok.
Manakala lanjutan PKPD dikenakan di Rumah Basil Malaka, Traie di Betong bermula 26 September 2021 sehingga 6 Oktober 2021.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kategori COVID-19 di Sarawak
#PKPD di Sarawak
#kematian COVID-19 di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan