KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 21,176 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,734 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor (2,297) dan Sabah (2,246).

Empat negeri juga merekodkan angka 1,000 kes ke atas iaitu Pulau Pinang dengan 1,939 kes; Kedah (1,808); Perak (1,366) dan Kelantan 1,254 kes.

Selain itu, Pahang dengan 853 kes; Terengganu (776); Melaka (485); Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan dengan 252 kes.

Tiga negeri masing-masing Perlis, Putrajaya dan Labuan melaporkan 77, 21 dan enam kes. 

Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kematian hari ini adalah sebanyak 341 kes menjadikan angka kumulatif sebanyak 19,827 kes. 

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 242,161 kes," katanya. 

Sementara itu, Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang merawat sebanyak 1,310 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 773 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Manakala angka kes sembuh hari ini adalah sebanyak 21,476 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,678,962.

 
Sumber Facebook DGHisham