KUALA LUMPUR: Sebanyak 339 lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dicatat pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata dengan penambahan itu, kes kematian keseluruhan akibat COVID-19 kini mencecah 15,550.

Beliau berkata, selain itu, kes harian COVID-19 merekodkan angka 22,070 kes dengan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 1,662,913.

Katanya, Selangor masih kekal menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan kes jangkitan terbaharu dengan 5,920 kes, diikuti Sabah (3,010), Sarawak (2,224) dan Kedah (2,072).

Selain itu, Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).



Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kes aktif yang direkodkan sehingga Jumaat sebanyak 265,695 kes dan 982 kes dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 470 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau juga memaklumkan kes sembuh baharu yang direkodkan sehingga hari ini adalah 21,877 kes.