KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 22,597 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan kes ketika ini sebanyak 1,685,510 kes. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 5,814 kes dan ini diikuti Sabah, 2,834 kes, dan Sarawak sebanyak 2,427 kes. 

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 268,548," katanya.

Sementara itu, kes kematian baharu masih mencatat pertambahan sebanyak 252 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15,802 kes. 

Manakala kadar kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 19,492 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 1,401,160 kes. 

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 986 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 451 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.