KOTA BHARU: Sebanyak 23 kes COVID-19 membabitkan varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan setakat ini, menurut Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata kesemua kes yang direkodkan itu membabitkan penduduk tempatan dan yang terbaharu melibatkan Kluster Padang Tembak serta Kampung Bunut Susu.
"Oleh itu, masyarakat diminta agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting dalam usaha melandaikan lengkung pandemik ini," katanya.
Dr Zaini berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Tanjung Chat, di sini hari ini.
Kelantan merekodkan 270 kes COVID-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif adalah 30,142 manakala kes yang masih aktif sebanyak 7,596.
Mengenai perkembangan PKRC di Kelantan, Dr Zaini berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berada dalam keadaan siap siaga serta telah mengenal pasti beberapa lokasi baharu untuk dijadikan PKRC sekiranya kes COVID-19 mencatat lebih 600 kes sehari.
Menurut beliau antara lokasi yang dikenal pasti itu adalah Institut Belia Negara di Bachok yang boleh memuatkan sehingga 400 orang.
"Setakat hari ini, trend kes harian di Kelantan menunjukkan penurunan, jika melihat kepada trend ini, PKRC yang sedia ada masih mampu bertahan untuk menampung jumlah pesakit. Namun, kita harap kes harian dapat diminimumkan sebanyak mungkin," katanya sambil menambah bahawa 15 PKRC yang sedia ada ketika ini boleh menempatkan 1,800 pesakit.
Berhubung program khidmat masyarakat vaksinasi, Dr Zaini berkata JKNK akan memperluaskan program itu di setiap jajahan bagi memudahkan serta mempercepatkan suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk dengan kerjasama daripada ketua jajahan serta agensi berkaitan.
"Kita telah merancang untuk membuka lebih banyak tempat 'outreach' (khidmat masyarakat) termasuk di kampung-kampung dan setakat ini beberapa daerah telah melaksanakan program itu.
"Jika bekalan (vaksin) banyak, kita akan pergi semua (jajahan). Malah, sekiranya ada keperluan kita akan buat dari rumah ke rumah, tetapi setakat ini belum lagi," katanya.
Dalam pada itu, Dr Zaini memaklumkan seramai 144,000 individu telah menerima dos pertama manakala 55,000 selesai dos kedua suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan, setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Dr Zaini berkata, kesemua kes yang direkodkan itu membabitkan penduduk tempatan dan yang terbaharu melibatkan Kluster Padang Tembak serta Kampung Bunut Susu. - Gambar fail/ Bernama
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.