KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan 24 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes kumulatif kematian kini 896.

Ini lima tumpuan kenyataan media berhubung perkembangan COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin (8 Februari 2021):
  1. Malaysia catat kes kematian tertinggi akibat COVID-19 iaitu sebanyak 24 kes.
  2. 3,100 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan keseluruhan kes aktif kini 51,977 kes.
  3. 282 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 134 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
  4. Selangor masih kekal sebagai negeri yang mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes.
  5. 13 kluster baharu dikenal pasti melibatkan 11 kluster di tempat kerja, 1 kluster komuniti dan 1 dari kumpulan berisiko tinggi.
5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 08 Feb 2021