awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2022
09:33 MYT
COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun
Setakat ini, Sabah merekodkan empat kluster aktif melibatkan Kluster Jalan Pertukangan di Sandakan, Kluster Sungai Trayon di Kinabatangan, Kluster Puri di Ranau dan Kluster Pandan Pandan. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kes atau 11.3 peratus daripada 265 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan individu yang belum menerima suntikan vaksin.
Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, menerusi kenyataannya pada Khamis.
Tambahnya, jumlah kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang disahkan positif juga tinggi dengan 38 kes atau 15 peratus daripada keseluruhan 256 kes positif yang dilaporkan.
‘’Kedua statistik ini adalah satu gambaran bahawa masih ada dalam kalangan masyarakat yang cuai dengan mendedahkan anak-anak kecil kepada risiko jangkitan virus COVID-19 sedangkan mereka belum layak divaksin.
“Juga masih ramai orang yang sepatutnya layak menerima vaksin pula belum atau enggan divaksin,’’ katanya.
Selain itu, satu lagi kluster baharu melibatkan insititusi pendidikan dikesan di daerah Putatan melibatkan Kluster Pandan Pandan.
Ia tercetus selepas seorang guru madrasah yang merupakan kes indeks berusia 53 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menjalankan ujian saringan Rt-PCR pada 17 Januari lepas.
Kes indeks ini terlebih dahulu mengalami simptom seperti batuk, demam dan selesema.
“Saringan ke atas kontak rapat yang terdiri daripada keluarga kes indeks, kakitangan dan pelajar-pelajar madrasah mendapati 15 orang lagi telah dijangkiti.
‘’Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang positif melibatkan kluster ini adalah seramai 16 kes termasuk 14 kes baharu dilaporkan hari ini,’’ tambahnya lagi.
Setakat ini, Sabah merekodkan empat kluster aktif melibatkan Kluster Jalan Pertukangan di Sandakan, Kluster Sungai Trayon di Kinabatangan, Kluster Puri di Ranau dan Kluster Pandan Pandan.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sabah
#Kluster Pendidikan
#kluster aktif di Sabah
#kluster baharu di Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan