KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Khamis menunjukkan sedikit peningkatan kepada 3,206 kes berbanding 2,636 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.768 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak lapan kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 35,988 dan 96.2 peratus atau 34,626 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,271 kes dirawat di hospital dengan 69 kini ditempatkan di wad ICU di mana 42 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,180 kes sembuh.