KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Selasa meningkat semula kepada 3,516 kes berbanding 3,429 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.744 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Rabu meningkat kepada 15 kes berbanding sembilan yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Empat daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 41,701 dan 96 peratus atau 40,034 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,534 kes dirawat di hospital dengan 92 kini ditempatkan di wad ICU di mana 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,541 kes sembuh.