KUALA LUMPUR: Sejumlah 324 kematian akibat COVID-19 direkodkan setakat 11.59 malam pada 18 September.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Berdasarkan data laman web COVIDNOW, kematian sebenar purata tujuh hari adalah 109 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes korban akibat COVID-19 di Malaysia adalah 23,067.

Manakala 70 kematian lagi dilaporkan melibatkan brought-in-dead (BID).

Dengan pertambahan itu, jumlah kes yang masih lagi aktif adalah 219,359.

Daripada jumlah itu, seramai 11, 339 pesakit COVID-19 ditempatkan di hospital.

Jumlah itu bersamaan 68.6 peratusan penggunaan keseluruhan katil di hospital di seluruh negara.

Dalam pada itu, laman sesawang COVIDNOW turut berkongsi angka jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah 182,857 atau 83.4 peratus.