KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 menunjukkan peningkatan kepada 4,860 pada Jumaat berbanding 3,926 kes pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.672 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,014 kes dengan jumlah terkini 48,300 kes.

95.9 peratus daripada kes aktif atau 46,334 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,883 kes dirawat di hospital dengan 60 kini ditempatkan di wad ICU.

34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 3,836 kes sembuh.