MALAYSIA
COVID-19: 45 lagi kematian baharu, 12 BID

Daripada 65,417 kes aktif COVID-19 di seluruh negara, 5,796 kes dirawat di hospital dan 524 pesakit ditempatkan di ICU. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,676 daripada 2,540,724 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 45 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 65,417 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 51,030 individu atau 78 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,067 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,796 kes dirawat di hospital dan 524 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 259 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 265 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami