KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan 5,413  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,556,865 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 53 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,729 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Setakat ini 545 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 264 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 6,013 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,461,780

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.1 peratus atau 5,311 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.

Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.9 peratus atau bersamaan 102 kes.

Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 252 kluster masih lagi aktif sementara 5,598 kluster telah diisytiharkan tamat.