Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,466,663 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.7 peratus.
Manakala selebihnya, 1.3 peratus atau bersamaan 79 kes adalah pesakit kategori 3,4 dan 5.
Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 570 pesakit dan daripada jumlah itu, 293 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu melebihi kes baharu dengan 6,715 kes sekalgus angka kumulatif sembuh ialah 2,368,634 kes.