awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,911 kes baharu, Selangor tertinggi 2,111 kes

Hilmi Malik
Hilmi Malik
19/06/2021
07:01 MYT
COVID-19: 5,911 kes baharu, Selangor tertinggi 2,111 kes
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan jumlah 2,111 pada Sabtu. - Gambar fail Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,911 kes COVID-19 baharu pada Sabtu dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 691,115.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah 2,111.
Ini diikuti dengan Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).
Sumber Facebook DGHisham
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, hanya terdapat satu kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 64,522 kes,” katanya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan sebanyak 73 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 4,349 kes.
Selain itu, sebanyak 886 kes setakat ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala angka keseluruhan bagi kes pulih setakat ini telah menjadi 622,244 kes termasuk jumlah kes pulih baharu yang dilaporkan sebanyak 6,918 kes.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#pandemik
#Selangor
#Negeri Sembilan
#Kuala Lumpur
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan