Lebih 500 pemandu bas persiaran di Malaysia terjejas akibat penularan wabak koronavirus COVID-19 sejak Januari lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pemandu tersebut tidak diberhentikan kerja tetapi telah tidak dibayar gaji oleh majikan mereka.
"Mereka ini tidak diberhentikan, tetapi majikan tidak mampu membayar gaji mereka, kerana tiada operasi yang berjalan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Hari Bertemu Pelanggan di Kementerian Sumber Manusia, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mengakui terdapat kemerosotan dari segi ketibaan pelancong sejak penularan COVID-19 awal tahun ini.
Susulan itu, MOTAC mengambil langkah proaktif mempergiat usaha mempromosi sektor pelancongan negara, termasuk mengubah hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia.
BACA: Melaka ubah strategi pemasaran pelancongan, fokus kepada Asia Tenggara
BACA: COVID-19: Malaysia masih selamat untuk dikunjungi - TPM
Sementara itu, Mahfuz berkata, pihak kementeriannya akan cuba membantu pemandu-pemandu bas yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan baharu.
"InsyaAllah, pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jobs Malaysia akan membantu mencari apa-apa peluang pekerjaan untuk mereka," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
BACA: Pakej rangsangan ekonomi rancakkan pelancongan domestik - Azmin
Asyraf Roslan
Tue Feb 18 2020

Mahfuz berkata, Kementerian Sumber Manusia akan cuba membantu pemandu-pemandu bas yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan baharu. - Astro AWANI

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia

Skim Rehabilitasi Pakej Permai tidak selesai masalah, bersifat jangka pendek - Pengusaha bas
Pengusaha bas juga mempersoalkan penstrukturan semula pinjaman serta moratorium selama 12 bulan yang dilihat tidak jelas dan bersifat jangka pendek.

Empat maut nahas bas di Rusia, pemandu terlelap dipercayai punca
Sebuah bas persiaran di Barat Rusia hilang kawalan mengakibatkan empat terbunuh manakala 11 lagi cedera.

Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan
Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan ekonomi dan punca rezeki pelbagai sektor ekonomi.

Bas persiaran jadi pusat jalani ujian saringan
Ia bagi membolehkan ujian saringan dilakukan terhadap petugas rumah jagaan dan komuniti yang sukar keluar rumah.

COVID-19: 500 pemandu bas persiaran terjejas - Mahfuz
Pemandu tersebut tidak diberhentikan kerja tetapi telah tidak dibayar gaji oleh majikan mereka.

Bas persiaran hampir tenggelam dalam banjir
Sebuah bas persiaran terkandas di Kilometer 18 Jalan Kota Tinggi, Mersing kira-kira jam 8 pagi tadi, susulan banjir di kawasan tersebut.

Pemandu maut bas persiaran yang dipandu rempuh kedai pakaian 'bundle'
Kemalangan berlaku sewaktu mangsa dalam perjalanan membawa 20 penumpang warganegara China dari sebuah hotel di Jalan Sultan Ahmad Shah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP).

Pemandu bas didakwa memandu di bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian remaja
Peter didakwa memandu bas persiaran di jalan raya dan berada di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan seterusnya menyebabkan kematian seorang remaja.

Pemandu bas persiaran rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen
Pemandu bas persiaran yang melanggar seorang pelajar sehingga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas, semalam positif dadah.

Bas terhumban ke tebing jalan di Sepang, tiga cedera
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali, kejadian berlaku kira kira jam 7.12 pagi ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bas Selatan (TBS) Bukit Jalil menghala ke Nilai.